Thursday, 23 March 2017

HOTEL & RESORT






           


         Setiap pengunjung yang datang tidak perlu risau tentang keselamatan barang berharga yang mereka bawa kerana di dalam waterpark menyediakan tempat yang selamat untuk menyimpan barang. Loker disediakan disana bagi tujuan untuk mengelakkan barang berharga hilang. Pengunjung yang ingin menggunakan loker unntuk menyimpan barang, mereka hendaklah membayar sebelum menggunakannya. Harga yang ditetapkan adalah RM15.00. Pengunjung tidak perlu membayar secara tunai. Bayaran akan ditolak dengan topup yang telah ditopupkan.

             Contoh bagi barangan untuk disewa:




        Kemudahan yang disediakan selain daripada cabana,pelampung,loker dan lain-lain ialah Hotel  Arabian dan Caribbean Bay Resort. Hotel Arabian dan Caribbean Bay Resort menawarkan pelbagai package dengan harga yang berpatutan. Bilik yang disediakan amat memuaskan kerana bilik yang disediakan amat selesa bersih dan besar. Pengunjung yang datang akan berasa amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan disana.

          Package yang ditawarkan ialah :

















Thursday, 9 March 2017

CErita Kami Di Bukit Gambang Waterpark🤗🤗💃💃



 ASSALAMUALAIKUM DUNIA !!!!!!





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan pembaca saya...hai...kita berjumpa lagi buat kali kedua...Ok..sebelum ni saya share pasal makanan yang saya suka makan...tapi hari ini saya nak share pengalaman saya yang paling menarik bagi saya yang pernah saya lalui bersama rakan kolej saya iaitu pengalaman saya di bukit gambang water park.

  Saya pergi ke bukit gambang water park bersama rakan-rakan saya adalah kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberi oleh lecture mpu kami iaitu Puan Mazlina..Dalam tugasan itu,saya ditugaskan untuk menyiapkan tugasan ini bersama rakan saya nurul fadzlin liliana.Kami memilih bukit gambang waterpark kerana disana terdapat pelbagai aktiviti yang dapat menarik pelancong dari dalam negara mahupon di luar negara datang ke pahang.

   Bukit Gambang Water Park beroperasi pada :



    Setiap pengunjung yang datang hendaklah membeli tiket masuk..Jangan risau.. Harga tiket yang di berikan tidak mahal..Kepada student yang belajar.. Harga tiket yang diberi untuk student sangat murah dari harga yang biasa.. selepas membeli tiket..penjaga kaunter akan memberi gelang tangan sebagai pass masuk untuk masuk kedalam waterpark.. Harga tiket serta gelang tangan adalah seperti berikut:



   Kami sangat teruja semasa hendak masuk ke dalam waterpark...Selepas masuk,kami pergi ke kaunter topup untuk topup..Di kaunter topup,bayaran untuk topup tidak kira berapa yang kita mahu topup... Tujuan untuk TopUp adalah kerana mereka tidak menerima wang tunai sebagai bayaran untuk setiap pembelian kita.. Mereka menyediakan peralatan untuk bermain seperti pelampung untuk kanak-kanak dan orang dewasa.. Selain itu,Terdapat juga tempat rehat seperti cabana.






      Terdapat aktiviti yang ada disana yang menarik perhatian saya untuk bermain..permainan yang ada disediakan disana adalah seperti Coco Beach, 6 Lane Racer, Family Raft Ride, Aqua Play, dan banyak lagi.




  
      Kami berseronok bermain disana..selepas bermain,kami bersiap untuk balik. Pengalaman yang kami dapat tidak akan kami lupakan kerana kami dapat meluangkan masa bersama dan kami sangat seronok dengan permainan yang sediakan di waterpark.. Kami berharap akan dapat pergi ke sana lagi.. Bukit Gambang WaterPark sangat best untuk semua family,rakan-rakan, untuk beriadah bersama-sama.
           Saya harap pengalaman yang telah kami dapat..dapat kami simpan dalam ingatan sampai bila-bila.. Akhir kata.. Terima kasih kepada semua yang membaca blog ini dan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.. 

                   Terima kasih....😊